Saturday, April 25, 2015

Saya mahu kucing

Assalamualaikum, 

  Hai dunia, saya Nur Syauqina. Ini blog dan cerita pertama saya, saya amat amat amat amaaaattt suka kucing..


Tapi agak menyedihkan kerana ibubapa saya tidak membenarkan saya membela kucing buat masa ini kerana faktor perumahan kami tidak sesuai untuk membela kucing.

Walaubagaimanapun, kami ada membela seekor ketam pelangi atau rainbow crab di dalam tangki "exo terra tank" dengan pengawasan IP Camera 24/7 dan motion detection kerana ketam tersebut suka melarikan diri dari habitat buatan tersebut.



 Disebabkan itu, bapa saya menamakan ketam tersebut "Houdini" berdasarkan keupayaannya melarikan diri, beliau memiliki kemahiran memanjat yang amat hebat, kadangkala kelihatan ia memanjat seperti seekor monyet.




Berbalik kepada topik kucing tadi.. bapa saya menegaskan bahawa saya kena bertanggungjawab jika mahu membela kucing dan perlu memastikan kucing itu dapat makanan dan habitat yg sesuai dengan keperluan, jika tidak, kita akan berdosa kerana menyeksa haiwan tersebut. Bersambung....